Di Houston Texas seorang bapa kini ditahan
dan menjadi suspek utama kes pembunuhan melibatkan dua individu yang
mayatkany ditemui di dalam sebuah tong sampah. James Larry Cosby (46)
dipercayai membunuh anak beliau Britney Cosby dan pasangan beliau
Crystal Jackson kedua-duanya berumur 24 tahun. Mayat pasangan lesbian
ini ditemui di dalam sebuah tong sampah hujung minggu lalu. James Larry
Cosby menjadi suspek utama setelah ibu kepada Britney memberitahu polis
James kerap kali mengatakan beliau tidak suka dengan hubugan sejenis
anak mereka. Polis menemui bukti bahawa pembunuhan dilakukan di rumah
James Larry. Beliau kini ditahan di penjara dan USD 500 000 dikenakan
bagi mengikat jamin beliau sebelum kes dibicarakan di mahkamah. Britney
ditemui dengan kesan hentakan pada kepala manakala Crystal Jackson mati
akibat ditembak di kepala.
Laporan New York Daily News
No comments:
Post a Comment