Rim kereta biasanya dicipta untuk
membuatkan kereta anda kelihatan agresif ataupun memberikan impression
bahawa anda ialah seorang bapa ayam yang terkaya di desa. Ada rim kereta
yang mempunyai spinners yang berputar walaupun tayar tidak berputar dan
ada rim yang direka bagi menunjukkan caliper brek berjenama anda. Di
Jepun sudah ada rim kereta yang membuatkan kereta anda kelihatan comel.
Rilakkuma ialah watak beruang kartun comel yang popular di Jepun dan
kini ianya menghiasi rim kereta sebesar 14 dan 15 inci. Harga sebuah rim
comel ini bermula dari Yen 16 200 (RM 528) dan sekirnya anda mahukan
rim yang comel belilah dan menjadi pelopor kegilaan rim kereta comel di
Malaysia. Ada rim comel lebih best dari pakai rim douchebag pada Proton
Wira cabuk yang perasan ianya sebuah Evo III.
Laporan asal AutoEvo
No comments:
Post a Comment