Akibat terpengaruh dengan cerita jika melancong ke kota singa, Singapura, pelancong harus mencuba ketam masak cili yang seringkali disanjung kononnya masakan ketam terhebat di dunia, seorang lelaki warga Filipina dan keluarganya bermandi peluh dan terdiam selama 5 minit apabila bil makanan malamnya berjumlah $1,186 (RM3,071).
Lebih memeranjatkan, ketam seekor sahaja dicaj RM1800!
Kejadian berlaku akibat masalah komunikasi dimana si pelayan yang mengambil pesanan lelaki itu bertanyakan sama ada mereka mahukan ketam kecil atau besar dengan memberikan isyarat tangan dikembangkan menandakan saiz besar.
Sudah tentu mereka mahukan saiz yang besar tanpa menyedari ketam yang dimaksudkan itu adalah ketam Alaska yang sememangnya mahal dan sukar didapati.
Pengadu mendakwa, sekiranya pelayan menjelaskan ketam itu adalah ketam Alaska, sudah pasti mereka tidak akan mencuba-cuba untuk memesannya. - My Media Hub
No comments:
Post a Comment