Latest News

BURSTYN-MOTORGESCHÜTZ : KERETA KEBAL MEMANJAT TEBING JERMAN (13 GAMBAR)

Perang Dunia Pertama ialah medan pertempuran pertama kereta kebal digunakan secara meluas. Kereta kebal Mark I buatan Britain ialah kereta kebal yang paling ikonik dari era ini. Ianya dengan mudah memusnahkan kawat berduri merentangi parit-parit yang dibina bagi menghalang pergerakan musuh. Ianya cukup tebal untuk menahan serangan mesingan dan sejak tahun 1916, kereta kebal menjadi senjata wajib yang perlu dimiliki tentera bagi memastikan tentera infantri tidak mati katak kerana tiada bantuan armor. Walaupun Britain menjadi pelopor penggunaan kereta kebal di dalam medan perang, idea penghasilan kereta kebal bukanlah benda baru. Beberapa rekaan yang tidak berjaya dihasilkan oleh jurureka seluruh dunia. Kesemua idea diilhamkan oleh kapal battleship yang menjadi flagship kebanggaan tentera laut utama dunia.

Burstyn-Motorgeschütz ialah konsep kereta kebal yang unik ciptaan Günther Burstyn yang berasal dari Jerman. Beliau mencipta kereta kebal yang boleh memanjat parit ini pada tahun 1911. Beliau menyedari adanya keperluan kenderaan yang boleh melangkaui parit pertahanan untuk tentera Jerman. Burstyn-Motorgeschütz memerlukan 3 krew untuk mengendalikannya. Kenderaan ini agak kecil denganpanjang 3.5 meter dan lebar hanya 1.9 meter. Ia diperkasakan dengan enjin petrol 45 kuasa kuda dan dilengkapi meriam utama 37 milimeter. Yang aneh tentang kereta kebal lelabah ini ialah kerana kesempitan ruang dalaman, pemandu kereta kebal ini duduk secara terbalik dan terpaksa memandu menggunakan periskop untuk melihat kehadapan. Burstyn-Motorgeschütz tidak pernah digunakan secara meluas oleh tentera Jerman ketika Perang Dunia Pertama dan merupakan antara satu sebab Jerman kalah kepada tentera berikut. 

This would explain why later in WW2 the Nazis insist on having the technological advantage over their enemies. They learned their lessons quickly unlike us Malaysian.




Laporan asal Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.