Latest News

KRISIS TERENGGANU SELESAI, 3 ADUN KEMBALI TAAT KEPADA PARTI



PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. 

Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan.

Katanya, Ahmad Said memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO melalui panggilan telefon dan ADUN Kijal akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa.

p/s: 3 stooges failed to accomplish their mission

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.