Latest News

AKIBAT PANIK, PELAJAR TINGKATAN 4 SEMBUNYI MAYAT BAYI DALAM PAM TANDAS



Pada jam 9.10 pagi, Polis telah terima panggilan telefon dari doktor pegawai perubatan klinik kesihatan Butterworth memaklumkan telah menjumpai mayat bayi di dalam takungan air pam tandas di premis itu. Mayat bayi itu ditemui oleh seorang wanita Melayu iaitu orang awam yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

Mayat bayi malang itu ditemui selepas wanita berkenaan mendapati pam tandas tersebut tidak mengandungi air. Terkejut dengan penemuan mayat seorang bayi yang dilihatkan dalam keadaan 'duduk' itu, dia terus memaklumkan kepada pihak klinik.

Bayi lelaki berkenaan dijangkakan dalam lingkungan umur 7 bulan dan berat 1.7 kg. Tali pusat telah dipotong. Pegawai perubatan menjangkakan bayi telah dilahirkan dalam tempoh 1 hari. Bayi telah dibawa ke hospital seberang jaya untuk bedah siasat.

Tindakan pegawai penyiasat seterusnya,

1. Rakam percakapan saksi-saksi.
2. Pemeriksaan CCTV dan senarai daftar pesakit dan pelawat di klinik berkenaan yg mendapatkan rawatan.
3. Hantar mayat ke HSJ untuk bedah siasat, kenalpasti sebab kematian dan kumpul sampel DNA.
4. Kesan dan tangkap emak kepada mayat bayi tersebut.

Siasatan diteruskan dan seorang pelajar sekolah tingkatan 4, berbangsa Melayu, berumur 16 tahun telah ditahan di sebuah kampung di Butterworth Pulau Pinang pada jam 1430 hrs oleh team D9 IPD KEPALA BATAS.

Pengakuan suspek:

Saspek telah mengaku melahirkan bayi lelaki di dalam tandas perempuan Klinik Kesihatan Butterworth pada 6/5/2014 jam lebih kurang 0900am dan telah menyembunyikannya di dalam tangki air tandas.

Disebabkan panik saspek telah bertindak demikian. Saspek akan di bawa ke hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Sumber: Facebook Warga Prihatin

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.