Latest News

(2 GAMBAR) DUA BERADIK 3 & 5 TAHUN RENTUNG DI KUCHING



Kuching: Dua beradik rentung manakala satu lagi mayat tidak diketahui identiti ditemui dalam sebuah bilik selepas sembilan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tabuan Haji Draman Jalan Foochow di sini, pagi tadi.

Mayat dua beradik dikenalpasti sebagai Nur Diana, 5, manakala adiknya Nur Syaza, 3, ditemui rentung bawah katil di bilik.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, anggota bomba dan penyelamat menemui satu lagi mayat namun identiti belum dikenalpasti.

Susulan itu, ketiga-tiga mayat terbabit dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pengecaman.

ANGGOTA Bomba dan penyelamat mengangkat mayat seorang kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Tabuan Foochow, pagi tadi.

Menurut jiran mangsa enggan dikenali, mayat tidak diketahui identiti itu mungkin ibu kepada dua kanak-kanak malang terbabit berikutan gagal dihubungi sehingga kini. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.