Latest News

TAMPAR PELAJAR, GURU MINTA MAAF & BAYAR RM10,000 SEBAGAI GANTI RUGI


Bapa kepada seorang pelajar bersetuju selesaikan kes di luar mahkamah apabila seorang guru yang menampar anaknya telah memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 selepas mendatangkan kecederaan secara tidak sengaja kepada anak lelakinya.

Pihak Jailani Jawan, 43, juga berhasrat membatalkan laporan polis dibuat sebelum ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap guru terbabit kerana menganggap kes telah diselesaikan dengan baik.

Jailani menunjukkan surat perjanjian guru terbabit

Menurut Jailani, wang RM10,000 akan digunakan untuk menanggung kos rawatan kecederaan pada gegendang telinga kiri anaknya memandangkan kos perubatan dianggarkan RM10,000.

Jun 2013, anaknya Mohd Jazman,16, mengadu dia ditampar oleh guru terbabit pada jam 11 pagi selepas dituduh memancitkan tayar sebuah kereta milik seorang guru wanita bersama beberapa pelajar lain.

Ibunya, Norlaila Jusoh, 42, hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu apabila dia mengadu sakit di bahagian telinga apabila bangun dari tidur.

Seteleh diperiksa, doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terenggan mengesahkan terdapat kcederaan pada gegendang telinganya.


Keluarganya terus membuat laporan polis di Balai Polis Merchang. - My Media Hub (sumber Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.