Ura-ura Kerajaan Negeri Selangor menggunakan air lombong untuk atasi masalah air penduduk akhirnya direalisasikan jua. Selamat atau tidak air itu digunakan oleh pengguna, mungkin itu menjadi persoalan no dua bagi Kerajaan Negeri Selangor.
Semalam, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong di sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
Hasilnya, setakat jam 8 pagi, paras empangan air di Empangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras kritikal, 38.97% = 89.63 juta liter padu.
Lombong bekas bijih timah, Lombong Hang Tuah yang terletak di sekitar Lembangan Sungai Selangor akan digunakan untuk mengepam air masuk ke Sungai Selangor.
Di Selangor, terdapat 26 lebih bekas lombong. 9 dari angka berkenaan ada di Sungai Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Lombong Hang Tuah mampu menampung air untuk rakyat Selangor di Lembah Klang selama 6 - 7 bulan. - My Media Hub
No comments:
Post a Comment