Latest News

TAK MASUKKAN BAJU DALAM SELUAR, GURU ROTAN PELAJAR DI BAHAGIAN MUKA


Seorang pelajar lelaki tingkatan 3 di sebuah sekolah daerah Kemaman cedera di bahagian muka akibat dirotan oleh guru.


Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, Muhammad Amiruddin Azama, 15, bersama rakannya sedang menaiki tangga utk masuk semula ke kelas setelah keluar pergi ke tandas. Secara tiba-tiba gurunya datang dari belakang dan merotan belakang badannya 2 kali kerana tidak memasukkan baju ke dalam seluar.


Selepas itu, guru terbabit merotan pula bahagian mukanya. Guru lelaki berkenaan masuk semula ke dalam kelas berdekatan dan kembali mengajar.


Akibatnya mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung dan dahi serta lebam di bahagian belakang badan.


Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya dan datang berjumpa dengan pengetua, kemudian mangsa dihantar ke Klinik Desa Geliga untuk mendapatkan rawatan.


Ibu bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.