Latest News

PEMANDU DISAMAN POLIS PERONDA HANYA KERANA TIDAK BERPAKAIAN KEMAS?


Tidak pernah lagi mendengar alasan sebegini. Mungkin ada, tetapi terpencil atau jarang-jarang.

Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali mengadu dia disaman oleh Polis Peronda Lebuh Raya walhal, cukai jalan dan lesen maih sahlaku, cermin tidak gelap, tali pinggang dipakai, tidak memandu secara melulu atau di bawah pengaruh arak.


Kemusykilannya terjawab bilamana dia menerima surat saman yang bertulis dia disaman di atas kesalahan 


'Tidak berpakaian kemas semasa memandu'


Dipetik dari MalaysiaGazette:


"Saya bukan telanjang ketika memandu. Masih berpakaian tetapi saya dikenakan saman yang tidak pernah saya dengar iaitu menjadi kesalahan memandu jika tidak berpakaian kemas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saya disaman oleh anggota polis Peronda Lebuh Raya Malaysia Cawangan Trafik Bukit Aman. Masuk akal atau tidak saman dikeluarkan atas kesalahan tidak berpakaian kemas?" katanya sambil menunjukkan surat saman yang diterima.


Pemandu itu berkata, dia boleh menerima saman berkenaan jika alasan yang diberikan itu berdasarkan kesalahan biasa. Tetapi saman di atas alasan tidak berpakaian kemas belum pernah lagi didengarnya.

Justeru itu pemandu berkenaan memohon penjelasan Pihak Polis DiRaja Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan ini.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.