Latest News

MALAYSIAKINI BENGANG AKHBAR TEMPATAN TIDAK SIAR PERARAKAN MAYAT KARPAL DI MUKA HADAPAN


Siaran artikel MalaysiaKini yang bertarikh 21 April dengan tajuk:

"Karpal Gagal Hiasi Muka Depan Akhbar BM, BI"

MalaysiaKini dilihat bengang dengan tindakan beberapa akhbar tempatan yang enggan menyiarkan perarakan mayat mendiang Karpal Singh di muka hadapan. Sebaliknya akhbar² yang dimaksudkan mereka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NTS, The Star hanya memuatkan laporan perarakan berkenaan di halaman belakang (halaman yang tak penting).

Membandingkan dengan akhbar cina, MalaysiaKini dengan bangganya dan memuji akhbar cina yang memaparkan perarakan mendiang Karpal Singh di muka depan.

Persoalannya, siapa MalaysiaKini nak mempersoalkan hal sebegini? Sepatutnya berita sebegini tidak perlu dijadikan berita dan patut dicantas oleh editor sebelum disiarkan secara online.

Apakah MalaysiaKini hanya akan berpuas hati sekiranya akhbar² yang dimaksudkannya itu letak  gambar "Karpal In Memory" baru mereka nak puas hati? 

Apakah MalaysiaKini atau akhbar The Rocket, Suara Keadilan, HarakahDaily akan siarkan pengebumian veteran pemimpin BN secara besar besaran di muka hadapan page/portal berita mereka? Jika ada atau pernah, tidak hairanlah MalaysiaKini meroyan. - My Media Hub


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.