IPOH, PERAK: “Dia beri saya harapan untuk menjadi suaminya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti tanpa bantahan.
“Pada awal beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa sehingga habis wang simpanan beribu ringgit diberikan kepadanya dengan alasan nak buat persiapan kahwin akan datang,” kata Hanif.
Hanif berhasrat mengahwinan kenalan seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu. Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23 tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 membabitkan wang tunai serta barang kemas.
Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya.
Menurut Hanif, dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan kerana sering mengambil berat mengenai hidupnya selain memiliki sikap penyayang. Ini membuatkannya mahu memperisterikan wanita yang berasal dari selatan tanah air itu.- myMetro
No comments:
Post a Comment