Latest News

Konsep Volkswagen Golf TDI SportWage


Konsep Volkswagen Golf TDI SportWagen – Menyinari segment wagen

Santapan mata anda pada hari ini. Saksikan model berbumbung panjang (longroof) baru yang merupakan generasi ketujuh Volkswagen Golf. Haih, Golf ini tidak habis-habis, bukan? Konsep ini ( ya, ia masih kereta konsep ) mempratonton Golf SportWagen akan datang yang akan mula dijual di Amerika Syarikat pada awal tahun 2015, dan membuat kemunculan sulungnya secara rasmi minggu depan di 2014 New York Auto Show.


Kereta konsep yang anda lihat di sini menggunakan enjin diesel bersih TDI dan 4Motion all-wheel drive Volkswagen . Apabila kereta ini masuk ke pasaran Amerika Syarikat tahun depan, ia akan ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 1.8 TSI dan 2.0 TDI  yang akan dipasangkan sama ada transmisi manual lima kelajuan atau transmisi automatik enam kelajuan , dan yang seterusnya akan menggunakan transmisi DSG klac dwi enam kelajuan atau manual enam kelajuan.


Jika becakap mengenai all-wheel drive pula, Jurucakap Volkswagen etlah memberitahu Autoblog yang sistem  4Motion masih ” dalam pertimbangan ” untuk model pengeluaran yang akan mula dijual tahun depan, dan dikatakan bahawa VW hanya merancang untuk menawarkan SportWagen pacuan roda hadapan untuk pasaran AS.
Di bawah ini merupakan gambar VW Jetta Sportwagen di AS. Dalam pada itu, tatal ke bawah untuk membaca keluaran rasmi VW .




No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.