Latest News

Kia Sedona – Teaser kedua dikeluarkan


Kia Sedona – Teaser kedua dikeluarkan

Siapa tidak kenal jenama Kia sekarang? Jenama yang dahulu kita kenali dengan wajah Spectra yang tidak berapa menawan telah terus menerus membangun menghasilkan kereta-kereta indah memenuhi jalan raya Malaysia.
Hari ini kami kongsikan satu lagi langkah hebat dari syarikat pembuat kereta Korea ini. Kia telah mengeluarkan satu imej “penggoda” generasi minivan Sedona seterusnya menjelang kemunculan sulungnya di New York Auto Show. Van itu adalah pengganti yang amat diperlukan bagi model semasa yang kian usang, yang pernah ditarik balik dari pasaran Amerika Syarikat dan kembali ke pasaran, dengan keadaan hampir tidak berubah. Lihat gambar di bawah. Tidak menyelerakan, bukan?
Kia Sedona baru ini nampaknya mengambil sedikit inspirasi dari konsep KV7, dimana cermin sisi kereta dikecilkan di bahagian belakang yang kelihatan membalut bahagian belakangnya. Jika tidak, rupanya sudah pasti sama dengan minivan yang kita biasa lihat . “Teaser” asal menunjukkan gril dan lampu krom Sedona ini.


Apa pun, Kia tidak mengesahkan banyak butiran mengenai minivan lapan penumpang yang baru ini lagi. Apa yang kita tahu ialah ia menggunakan kerangka casis baru , dikuasakan dari enjin 3.3- liter V6 suntikan terus, dan ia akan yang akan ditawarkan dengan sistem infotainment Kia, yang dipanggil UVO . Kami masukkan sekali gambar KV7 (Kia KV7 Concept). Mengancam!






No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.