Latest News

FEED : KEDAI DAGING PALING COOL DI DUNIA (12 GAMBAR)

Kedai menjual daging ialah kedai yang paling tidak cool di dunia. Kalau di Malaysia daging dijual secara terbuka tanpa refrigeration di pasar malam dan pasar pagi. Di pasaraya pula daging dijual dalam suasan suram. I mean just go to TESCO anda look at the meat section. Bloody depressing. Tak nampak ceria dan lezat. Di Eropah ianya mungkin  ceria sedikit kerana ada jual pelbagai jenis luncheon meats dan daging salai. Tetapi di Brazil ada kedai jual daging paling cool dan stylo mengalahkan Starbucks habaq hang.

Feed ialah kedai konsep jualan daging yang terletak di Sao Paolo. Ianya dimiliki syarikat Feed yang menjual pelbagai produk berasaskan daging lembu baka Bonsmara berkualiti tinggi. Kerana daging yang dijual adalah berkualiti tinggi dan mahal rekaan kedainya juga harus classy as hell. Daging beku dipamerkan seperti beg tangan berjenama dalam ruang jualan stylish. Terdapat juga kaunter menjual dagin segar di bahagian belakang. Sebuah dapur kecil diletakkan pada bahagian dalam yang akan mengajar pelanggan cara terbaik memasak daging serta membolehkan produk dirasa sebelum dibeli. Pendek kata kedai daging ini looks  a lot nicer than most of our home decor. For that I am jelly.





No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.