Heroin filem Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi Nazeera mendakwa ibunya usahawati Dato Maziah Musa dianiaya oleh bapanya iaitu usahawan Dato’ Zainul Abadin yang mendakwa bekas isterinya itu memalsukan sijil nikah mereka.
Ummi hadir menemani ibunya pada sebutan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat (hari ini). Malah aktres berkulit hitam manis ini dengan yakin berkata ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.
“Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah itu kepada Majlis Narathiwat & sijil itu diperakui oleh pihak disana”
“Selain tu saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,” katanya dengan nada tegas.
Laporan sebelum ini menyebut, Dato Maziah telah dituduh pada 20 Mei 2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan KL pada 16 Oktober 2009.
Berdasarkan kepada pertuduhan, beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand sebagai benar.
Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.
Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.
Dalam pada itu, Ummi mengakui terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu. Bahkan kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajaran sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di University of Melbourne, Australia.
“Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne”
“Jadi hari ini saya tampil untuk menjelas memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya,” katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.
Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.
“Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau,” kata Nazreem ringkas kepada media.
Mahkamah putuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan. (rtky/fr)
No comments:
Post a Comment