Latest News

Kalau Dapat Bakal Suami Orang Kaya Itu Adalah Bonus – Hanez Suraya

Sejak kisah percintaan antara Romie dan Hanez Suraya tersebar, ramai yang menuduh pelakon itu seorang yang mata duitan. Ini kerana Romie merupakan seorang usahawan yang berjaya dan kalau tak silap dia seorang jutawan. Malah ada desas-desus yang menyatakan Romie memandu sebuah kereta Ferrari dan menghadiahkan sebuah kereta Vellfire kepada Hanez. Benar atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.



sudah pasti kekayaan Romie akan menjadi salah satu tarikan buat diri ini untuk mendekatinya. Namun bagi Hanez Suraya, kekayaan bakal suami hanyalah bonus. Yang paling penting baginya adalah hati budi. Kata Hanez kepada Utusan Malaysia:-

Kalau dapat bakal suami orang kaya itu adalah bonus tapi apa yang penting adalah hati budi. Biarlah takdir yang menentukan hala tuju perancangan kami. Saya tidak mahu terburu-buru dalam perkara yang membabitkan masa depan. Romie ada komitmen sendiri. Biarlah dia dahulukan perkara penting dan menguruskan hal-hal perkahwinannya. Saya tak mahu masuk campur. Saya juga sama sekali tidak akan mendesak Romie untuk segera berkahwin dengan saya. Saya pun masih tahu malu.


Di dalam artikel yang sama, Hanez juga menekankan yang dia tidak akan sama sekali bercinta dengan suami orang. Tambah Hanez lagi:-

Apabila berkawan dengan mana-mana lelaki, saya akan siasat tentang latar belakangnya. Kalau dia sudah ada isteri, awal-awal lagi saya angkat kaki. Saya memang tak mahu suami orang! Tapi apabila bertemu dengan Romie Disember lalu , dia beritahu perkahwinannya bermasalah. Mungkin sebab itulah saya tidak berfikir panjang untuk serius dengan Romie hingga dia melamar awal Januari lalu.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.