Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja
dalam konsert ‘Future Music Festival Asia’ di Stadium Bukit Jalil.
Melalui laporan berita, Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat
mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.
Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar mangsa turut disebarkan dalam
blog-blog dan media sosial. Namun, abang kepada salah seorang gadis yang
meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di
dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan
hati beliau:
Assalamualaikum,
Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke
rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa
tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert
dan telah meninggal dunia.
Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta
disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang
tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan
sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi
pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan
berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat
bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.
Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang
apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik
saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak
agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau
mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan
hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka
cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian
dariNya.
Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar
arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah
diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda
mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan
Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan
solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan
di sana.
Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar.
No comments:
Post a Comment