Apa yang menarik perhatian dalam
perbincangan di dalam media sosial dan forum-forum dalam dan luar negara
ialah persoalan di mana dan ke mana perginya keluarga Kapten Zaharie?
Dari hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan sehingga ke hari
ini, tiada satu gambar, kenyataan dan temubual yang disiarkan oleh
mana-mana media alternatif mahupun arus perdana mengenai keluarga Kapten
Zaharie.
Forumer di China mempersoalkan "kehilangan" Keluarga juruterbang
Malah maklumat nama ahli keluarga Kapten Zaharie juga tidak dapat
diperolehi oleh pemberita. Tidak seperti kebanyakan keluarga penumpang
dan krew pesawat yang lain yang mana telah berada di lapangan terbang
sejak hari pertama menantikan berita terkini mengenai insiden itu.
Perkara itu bukan sahaja disedari oleh orang awam yang sentiasa
mengikuti berita kehilangan pesawat ini. Media antarabangsa seperti The
Mirror, The Huffington Post dan The Telegraph turut menimbulkan
persoalan dimanakah lokasi "keluarga" kapten Zaharie sekarang.
Menurut Laporan The Mirror, isteri dan tiga anak Kapten Zahari telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum berlakunya insiden MH370 itu.
Walaupun Pihak Berkuasa Malaysia mengatakan siasatan tidak tertumpu
kepada kapten pesawat, namun kini jelas kapten Zaharie menjadi individu
yang menjadi tumpuan dunia.
(Sahabat baik) Peter Chong(kiri) menolak dakwaan Kapten Zaharie merampas pesawat MH370 - PIC: Mirror.co.uk
Melalui pendedahan gempar akhbar tabloid DailyMail
semalam menjelaskan faktor kecenderungan penglibatan Kapten Zaharie
dalam politik menjadi kemungkinan salah satu punca rampasan pesawat
berlaku.
Kapten Zaharie dikatakan penyokong "Fanatik" Anwar Ibrahim. Beliau juga
didakwa menghadiri perbicaraan Kes Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum
penerbangan MH370.
Justeru, akhbar berpangkalan di Britain itu mendakwa keputusan Mahkamah
yang tidak memihak kepada ketua pembangkang mungkin menjadi faktor
kelakuan "luar jangka" Kapten Zaharie.
Paparan muka depan The Mail, 16 Mac 2014
Selain itu, satu laporan portal berita mendakwa Anwar mengakui mengenali juruterbang pesawat berkenaan.
“Sebahagian yang saya kenal, termasuk juruterbang,” ujar Anwar di Dewan
Rakyat, Khamis lalu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang
di Pertuan Agong, mengaitkan isu SAR kehilangan MH370 kononnya berpunca
kelemahan kerajaan. Lapor bnbbc.my.
Walaubagaimanapun, melalui laporan berita Sinar Harian hari ini, Anwar Ibrahim tampil menafikan kaitan faktor "kesedihan" Kapten Zaharie dengan keputusan kes Mahkamahnya. -TTO
No comments:
Post a Comment