Latest News

Tragedi Sungai Muar! Mimpi jumpa mayat busuk

Segamat: “Rabu lalu saya bermimpi jumpa mayat berbau busuk dan berasa tidak sedap hati. Tidak sangka, ia petanda Ayoi akan pergi buat selamanya,” kata Suhaili Sarudin, 39.

Suhaili yang tinggal di Taman Mewah ialah ibu kepada seorang daripada lapan remaja yang lemas di Sungai Muar, berhampiran pekan Buloh Kasap di sini, kelmarin. 

ANTARA ahli keluarga bersedih dan berdoa apabila mayat masih belum ditemui di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat.

Anaknya, Nazrul Aminuddin Zamri, 14, yang mesra dengan panggilan Ayoi lemas bersama tujuh rakan iaitu Mohd Zikri Zaidi; 14, Mohd Zaki Zaid, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13; Mohd Shafiq Md Sukur, 16; Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16; Mohd Noreen Zainal, 14, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16. 

Menurut Suhaili, dia dimaklumkan berkaitan kejadian selepas dihubungi seorang daripada rakan anaknya pada kira-kira jam 10 pagi.

Sebelum itu, kata Suhaili, arwah keluar rumah pada jam 6 pagi untuk berjoging bersama 11 lagi rakannya di kawasan berhampiran.

Katanya, sebelum keluar, Nazrul kelihatan seperti biasa dan memaklumkan akan pulang kira-kira pada jam 9 pagi. 

“Saya sempat berpesan kepada arwah supaya jangan menghampiri kawasan sungai berkenaan kerana berbahaya. 

“Dia hanya mendiamkan diri dan terus keluar. Bagaimanapun, kira-kira pada jam 9 pagi, ketika sedang berehat di rumah, saya berasa berdebar-debar dan empat kali wajah Ayoi terbayang di mata sebelum saya menerima panggilan telefon berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. -myMetro

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.