Latest News

KOMPOSER AJAI BUAT HIDUNG DULU VS SEKARANG?

Melalui laporan Harian Metro, komposer dan penyanyi, Ajai dikatakan melakukan sesuatu pada hidungnya. Hidung Ajai nampak lebih tajam dan mancung walhal sebelum ini tidak seperti itu. Walaubagaimanapun, Ajai menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, dia melakukan pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tetapi atas dasar kesihatan.

Ajai dikatakan melakukan pembedahan plastik di sebuah hospital swasta baru-baru ini. Ajai ketika ditemui di Harian Metro mengatakan spekulasi tersebut tidak benar kerana pada hakikatnya pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana masalah sinus kronik (resdung) yang dialaminya beberapa bulan lalu.

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya. Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya,” terang Ajai.

SEBELUM


SELEPAS




No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.