Latest News

PETUA BERJAGA MALAM DARI BUKU TAHUN 70AN



Berikut kami kongsikan beberapa tips berjaga pada waktu malam yang diambil dari bukuPetua Orang Tua-Tua Lama Dan Baru yang ditulis oleh Matlob yang telah dicetak pada tahun 1977 yang kedengaran agak pelik.

1. Kapur barus – Kapur barus hendaklah dicium beberapa kali. Bau kapur barus ini boleh menolong seseorang itu hilang rasa mengantuk ( memanglah hilang rasa mengantuk, kerana bau kapur barus mengingatkan kita tentang kematian )

2. Hati kelawar – Hati kelawar juga telah digunakan oleh orang zaman dahulu. Ia hendaklah diletakkan di atas pusat. Keistimewaan hati kelawar ini ialah boleh membantu seseorang dari tertidur. – ( mana nak dapat hati kelawar ni? Dah bayangkan hendak melapar burung kelawar semata-mata untuk mengambil hatinya! )

3. Bulu burung hantu – Bulunya juga membantu seseorang itu dari tertidur.

4. Bulu harimau akar – bulunya juga boleh digunakan oleh orang tua-tua apabila mereka hendak berjaga malam. Cara menggunakannya ialah dengan meletakkan di telinga. (mungkin tak sempat berjaga malam, telah di-ngap oleh harimau akar berkenaan! )

5. Demikian juga dengan air kopi keras yang tidak mempunyai gula. Ia boleh membantu seseorang itu berjaga malam. ( ini sahaja amalan yang dipraktikkan pada masa kini.. Tapi mungkin kopi yang ditambah gula )


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.