Seorang pengguna, Bie Jakson telah memuatnaik gambar roti hotdog berulat dan berkulat yang telah dibeli oleh suaminya di pasaraya Giant di Kota Kinabalu, Sabah. Gambar yang dimuatnaik di laman Facebook ini telah dikongsikan lebih dari 2000 orang. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak Giant memang tidak boleh menjual bahan makanan yang telah tamat tempoh. Kami tidak pasti tarikh pembelian makanan di dalam pek ini dan kami ingin mengingatkan pengguna di luar sana agar lebih berhati-hati.
Laporan Pengguna
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan. Jika anda ingin membuat aduan, anda boleh salurkan melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP). Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
Talian bebas tol
1 – 800 – 886 – 800
Portal Rasmi:
No comments:
Post a Comment