Laman sosial Facebook bermula pada sekitar tahun 2009 dan sejak itu fenomenanya mula berleluasa ke serata dunia namun sejak kebelakangan ini popularitinya mulai jatuh. Sekurang-kurangnya lebih dari 11 juta remaja sudah meninggalkan akaun FB sekitar 2009 hingga 2013 lalu. Kenapa?
Kajian yang dilakukan oleh Istrategy Labs menerangkan keadaan itu disebabkan olehmunculnya pelbagai aplikasi baru dan laman sosial lain yang jauh lebih mudah dan menyeronokkan termasuk WhatsApps, Twitter dan juga Instagram. Malah, ketua kewangan FB, David Ebersmen sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang ramai remaja sudah mula hilang minat terhadap aplikasi FB.
Bukan itu sahaja, punca lain penurunan FB dikalangan remaja disebabkan oleh aplikasi ini sudah semakin mudah digunakan apabila golongan dewasa juga turut memiliknya dan para remaja sendiri merasakan tiada lagi privacy. Mereka memilih untuk tidak aktif lagi dalam laman sosial kerana pergerakan mereka boleh diperhatikan ibu bapa, kawan-kawan dewasa ataupun majikan yang memiliki akuan FB.
Sekaligus remaja mengambil keputusan untuk membiarkan saja akaun FB dan langsung tidak mengemas kini, malah ada yang memilih laman sosiap lain seperti Twitter, Instagram, Viber, Line dan sebagainya yang memudahkan mereka.
No comments:
Post a Comment