Facebook hari ini mengumumkan pembelian syarikat pemesejan popular WhasApp dengan harga $16 bilion. ini adalah sebahagian strategi Facebook untuk mendominasi dunia pemesejan yang dilihat semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Facebook kini kehilangan pengguna dari golongan remaja yang berhijrah ke aplikasi pemesejan seperti Snapchat dan WhatsApp.
Pembelian oleh Facebook ini dilihat oleh penganalisa sebagai tidak mengejutkan kerana WhatsApp kini mempunyai lebih dari 460 juta pengguna aktif. Facebook dan WhatsApp akan kekal sebagai dua entiti berbeza tanpa penggabungan tenaga pekerja – sepertimana Instagram beroperasi dibawah Facebook. Turut diumumkan, CEO WhatsApp ,Jan Koum yang akan turut menyertai lembaga pengarah Facebook.
Pembelian ini tidak bermakna perkhidmatan Facebook Messenger akan ditamatkan. sebaliknya menurut Mark Zuckerberg, Facebook Messenger dan juga aplikasi WhatsApp menyasarkan dua golongan pengguna dengan keperluan berbeza.
Antara perkara menarik yang kami ketahui tentang pembelian ini ialah Mark Zuckerberg menghubungi Jan Koum untuk membeli WhatsApp pada 9 Februari yang lalu. Jarang sekali kita mendengar urusan perniagaan bernilai berbillion dollar dapat dilakukan sebegini pantas.
Pembelian ini akan dilakukan dengan membayar $4 bilion dalam bentuk tunai, $12 bilion dalam bentuk saham Facebook. Facebook juga akan memberikan tambahan $3 bilion dalam bentuk unit saham yang terbatas – menjadikan jumlah keseluruhan sekitar $19 bilion.
- See more at: http://sehinggit.blogspot.com/2014/02/betulkah-facebook-membeli-whatsapp.html#sthash.ghOs1k1e.dpuf
No comments:
Post a Comment