Seringkali melihat sesetengah pemandu di Putrajaya gagal membaca papan tanda "Belok ke kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki". Kegagalan membaca papan tanda ini mengakibatkan kelancaran trafik terjejas.
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka dibenarkan membelok ke kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki meskipun keizinan belok ke kiri ini telah lama dilaksanakan oleh MIROS.
Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di ibu kota & beberapa bandar utama terpilih dibenarkan membelok kiri walaupun ketika lampu isyarat masih merah. Inisiatif ini sebagai langkah melancarkan perjalanan trafik, khususnya pada waktu puncak mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi melaksanakan ‘authorised left turn’ itu.
Lampu isyarat (anak panah) yang berkelip dipasang memastikan pemandu berhati-hati, namun keutamaannya masih hak pejalan kaki.
p/s: mohon pengguna jalan raya sentiasa peka dengan papan tanda yang dimaksudkan bagi mengelakkan kesesakkan. - My Media Hub
No comments:
Post a Comment