Latest News

ZIZAN PERCAYA SHARNAAZ PROFESIONAL & TAK AKAN RAMPAS EMMA MA'EMBONG DARIPADANYA



Rasanya satu Malaysia dah tahu mengenai hubungan cinta pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong bukan? Malah, mereka kini semakin ‘lovey-dovey’ pula di laman sosial masing-masing.

Namun, semalam kami ada memaparkan mengenai peminat Zizan yang meminta dia berjaga-jaga dek kerana buah hatinya itu digandingkan bersama pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad.

Bagaimanapun, melalui sebuah portal hiburan, khabarnya Zizan sendiri tidak kisah jika Emma digandingkan dengan Sharnaaz kerana dia percaya gadis itu pandai menjaga diri.


Malah, Zizan turut menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang pelakon yang sangat profesional dan meminta agar peminatnya tidak risau akan perkara tersebut.

Saya tahu Emma pandai jaga diri, dia tahu macam mana nak membataskan pergaulan dia sebagai seorang gadis timur. Malah, saya tahu Sharnaaz seorang yang sangat profesional ketika berkerja.

Kepada peminat-peminat semua, tak perlulah risau. Emma cuma berlakon, dia gadis melayu dan dia tahu jaga maruah pelakon melayu. – Sumber Astro

Wah, nampaknya percaya sungguh Zizan pada Emma. Kalau nak tahu, melalui laman sosial Instagram milik Zizan sendiri, dia telah memuat naik sekeping foto dan menggelarkan dirinya sebagai Abi kepada Emma.

Kalau ikut pemahaman kami, Abi itu boleh dianggap sinonim kepada ‘papa’. Amboi, sudah tak sabar bergelar bapa agaknya. Romantis sungguh pasangan ini.

Zizan Puji Sharnaaz Profesional & Percaya Emma Maembong Tahu Jaga Diri Sendiri

Apapun, kami doakan hubungan Zizan dan Emma cepat-cepat ke jinjang pelamin. Kalau dah jodoh, tak kemana. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.