Latest News

Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak?


Apakah ciri-ciri yang biasa ditonjolkan untuk menjadi perwira dalam setiap filem superhero? Sudah pasti perwira tersebut perlu memiliki paras rupa yang menarik, gagah perkasa dan memiliki kesatriaan unik masing-masing.
Namun, untuk Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) ada sedikit keunikan bakal dipertontonkan kerana heronya hanya terdiri daripada 4 ekor penyu.
Buat mereka yang memang mengikuti komik TMNT, pasti anda masih ingat dengan watak Raphael, Donatello, Leornado dan Michelangelo yang masing-masing mempunyai karakter dan kemahiran tersendiri.
Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak Kanak?
Watak superhero penyu juga digemari kanak-kanak
Filem arahan Michael Bay yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos ini mengisahkan tentang sekumpulan penyu yang dicipta untuk menjadi perwira dengan misi untuk menyelamatkan bumi.
Menerusi pemerhatian kami, TMNT yang asalnya diambil daripada komik ini bukan sahaja mampu menarik minat penonton dewasa, malah kanak-kanak juga pasti gemar melihat haiwan secomel penyu diangkat sebagai superhero.
Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak Kanak?
Antara babak ganas yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak
Namun, ramai ibubapa dilihat agak berang kerana filem terbaru TMNT ini dikatakan lebih sesuai untuk ditonton oleh golongan dewasa kerana terdapat beberapa babak yang dikira agak keterlaluan untuk kanak-kanak.
Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak Kanak?Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak Kanak?
Trailer : Bakal Tayang Ogos Depan, Teenage Mutant Ninja Turtles Tak Sesuai Untuk Kanak Kanak?
Megan Fox turut berlakon dalam ‘Teenage Mutant Ninja Turtle
Untuk makluman, TMNT juga pernah difilemkan pada tahun 1990 dan seterusnya menghasilkan 2 buah lagi sekuel dengan teknologi 3D pada tahun 2007

Filem TMNT ini juga menampilkan beberapa orang pelakon hebat seperti Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, William Fichtner dan Jeremy Howard. Macam menarik kan? Apakata kita lihat trailer movie ini terlebih dahulu!

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.