Anders Breivik ialah nama yang mungkin ada diantara anda sudah lupa. Tetapi di Norway pembunuh extremis Kristian ini menamatkan hayat 77 individu yang menghadiri perkhemahan remaja sosialis di Pulau Utoya, Norway. Ramai juga lupa bahawa motif Anders Brevik membunuh adalah sebagai protes Norway yang dianggap semakin "murtad" kerana menyokong Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah. Remaja yang menghadiri perkhemahan ini sempat melakukan Freedom Flotilla mereka sendiri sebagai tanda sokongan kepada kapal-kapal yang cuba membawa masuk bantuan kemanusian ke Palestin yang dihalang Israel.
Anders Breivik kemudian dicop hanya sebagai seorang pembunuh kurang siuman. Bukan teroris agama kerana beliau tidak berjambang, tidak menjerit Allah Akbar ketika menekan picu dan tidak ada kaitan dengan Al Qaeda. Dunia lupa dan media arus perdana kita sendiri melabel beliau hanya sebagai the lone crazy gunman yang membunuh di Pulau Utoya dan Oslo kerana beliau gila. Fact of the matter is he is a terrorist.
Norway mahu memperingati kejadian berdarah ini dengan membina sebuah memorial yang unik dan sangat simbolik. Ianya akan diberi nama Memory Wound dan sebahagian daripada pulau Utoya akan dibelah bagi membina memorial ini. Batuan dari Pulau Utoya yang dipotong ini kemudiannya akan dibawa ke Oslo untuk membina memorial kedua untuk mangsa bom kereta yang juga merupakan hasil kerja Breivik. Dua memorial berkembar ini kini mempunyai persamaan sungguhpun terletak pada dua tempat berbeza. Konsep memorial yang sangat touching ini dihasilkan oleh Jonas Dahlberg. Sangat cool. RIP to all the dead.
Laporan asal Dezeen

No comments:
Post a Comment