Latest News

Kongsi Gambar Lama Dengan Syurga Aleesya, Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama


Pada 30 Mac 2009, lahirnya seorang puteri kesayangan milik Erra Fazira dan bekas suami, Engku Emran di Hospital Pakar Damansara.
Kehadiran Engku Aleesya memberi sejuta kegembiraan pada kedua orang tuanya dan sering mencuri perhatian peminat-peminat Erra dengan gelagat comel, bijaksana dan pandai bergaya.
Sejak berusia setahun, rasanya Aleesya belum pernah gagal menyambut ulang tahun kelahirannya hinggalah si kecil itu menjangkau usia lima tahun semalam.
Kongsi Gambar Lama Dengan Syurga Aleesya, Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama
Kongsi Gambar Lama Dengan Syurga Aleesya, Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama
Biarpun ibu bapanya sudah berpisah, Emran dan Erra dilihat tetap bersama-sama meraikan puteri tunggal mereka dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah sambil dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.
Namun apa yang lebih menarik, peminat teruja melihat sekeping foto lama menunjukkan Emran dan Erra sama-sama menunggang motosikal sambil memakai busana pengantin.
Kongsi Gambar Lama Dengan Syurga Aleesya, Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama
Foto yang menyimpan seribu kenangan itu membuatkan ramai peminat mendoakan agar kedua-duanya dapat disatukan semula demi kebahagiaan Aleesya.
Jika diimbas kembali, ini bukan pertama kali Emran berkongsi foto Erra yang sering digelar Syurga Aleesya selepas mereka sah bercerai sekitar bulan Februari lalu.
Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat beberapa keping foto sewaktu sambutan hari lahir Aleesya yang kelima semalam.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.