Latest News

DesignworksUSA mereka tren KL MRT


Anak syarikat BMW Group, DesignworksUSA mereka tren KL MRT

BMW Group telah mengumumkan bahawa anak syarikatnya DesignworksUSA telah dikontrakkan untuk mereka bentuk tren untuk Kuala Lumpur Mass Rapid Transit ( KL MRT). Syarikat perundingan reka bentuk yang berpangkalan di California ini ditugaskan oleh Siemens untuk  mereka bentuk 58 buah kabin tren tanpa pemandu “Siemens Inspiro” , yang dijadualkan beroperasi pada 2017.
Memetik daripada laman web DesignworksUSA,
Under the name “Guiding Light” the design of the Metro Inspiro takes a bow to the rich heritage of Kuala Lumpur and makes a strong statement towards the future.
” Reka bentuk luarannya adalah satu kenyataan dinamisme dan kekuatan. Ia melambangkan keyakinan diri , kepimpinan teknologi , kemajuan dan keselamatan , “kata Laurenz Schaffer , presiden DesignworksUSA .
designworksusa
Bahagian dalamannya pula mempamerkan ciri kebiruan yang membayangkan daya saing dan kepelbagaian budaya di Kuala Lumpur. Kontras warna telah digunakan di kawasan pintu untuk membimbing penumpang keluar masuk untuk memastikan penumpang dapat keluar masuk dengan mudah. LED digunakan untuk menerangi kabin tren , termasuk di bawah tempat duduk untuk mewujudkan perasaan selamat dan lapang , serta untuk membantu memudahkan penyelenggaraan kabin tren baru ini.
Replika kereta api ini, termasuk bahagian hadapannya kini dipamerkan di balai ketibaan KLIA Ekspres di KL Sentral, yang boleh dikunjungi setiap hari sehingga 18 Mei 2014, dari 9:00 pagi sehingga 9:00 malam.
Menarik!
SUMBER : PaultanDesignworksUSA

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.