Latest News

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Kuala Lumpur Dan Selangor



Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri ini mulai esok. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , mulai esok setiap pemegang meter air akan menerima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala.

Selain itu, menurut laman Facebook Puspel Syabas, mereka memaklumkan bahawa sekiranya keadaan ini ( terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan ) berlaku secara berterusan, adalah dijangkakan lebih ramai pengguna akan mengalami terputus bekalan air. Dalam menghadapi keadaan ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan kepada seluruh kakitangan SYABAS bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air kecemasan menggunakan lori-lori tangki dan tangki statik untuk meringankan kesan yang dialami oleh pengguna terlibat. Walaubagaimanapun kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang ditetapkan dan diinginkan oleh pengguna.

Pihak SYABAS berharap agar para pengguna semua memahami keadaan ini dan bagi mereka yang yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau menghubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) SYABAS yang turut dibuka di kawasan mereka.

Sebarang maklumat catuan air, anda boleh rujuk laman Facebook Puspel Syabas dan laman web rasmi Syabas.

Cuaca Kering Dan Ketiadaan Hujan

Sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.

Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1. Bandar Tun Hussien Onn

2. Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT 

1. Batu 7 ijangkang

2. Batu 8 Sijangkang

3. Batu 9 Sijangkang

4. Batu 9 Kg Medan

5. Batu 9 Kebun Bharu

6. Taman Desa Sijangkang

7. Taman Rivera Perdana

8. Taman Permai Sijangkang

9. Taman Sijangkang Indah

10. Taman Medan Indah

11. Taman Perwira

12. Taman Sijangkang Jaya

13. Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351



WILAYAH KUALA LUMPUR

1. Angsana Hilir

2. Ampang Hilir

3. Taman Pertama

4. Taman Bukit Pandan

5. Kg Pandan Luar

6. Kg Pandan Dalam

7. Taman Koperasi Polis

8. Taman Desa Baiduri

a. Jln Tenteram

b. Jln Yaakob Latif

9. Bandar Damai Perdana

10. Taman Damai Perdana

11. Taman Desa Cahaya

12. Taman Sri Bahagia

13. Taman Bukit Anggerik

14. Taman SPPK Bkt Cheras

15. Taman Orkid Desa

16. Taman Segar

a. Jalan Belimbing

17. Taman Billion

a. Jalan Setiabistari

18. Taman Supreme

a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12

19. Taman Cheras

a. Jalan Setiabudi

20. Taman Cheras Utama

a. Jalan Setiarasai

21. Taman Cheras Hartamas

a. Jalan Setiarayai

22. Taman Bkt Segar Jaya

a. Jalan Setiajaya

23. Bandar Baru Segar Utama

a. Jalan Medan Setia

24. Taman Damai Indah

a. Jalan Setiabakti

25. Taman Minang Ria

a. Jalan Setiakasih

26. Taman Bukit Angsana

a. Plaza Damansara

27. Taman Suria Jaya

a. Taman Seri Beringin

28. Taman Len Seng

29. Taman Desa Cheras

30. Taman Alam Damai

31. Taman Maluri

32. Taman Bukit Segar

33. Taman Bukit Segar Masera

34. Taman Tayton View

35. Taman Connaught

36. Pandan Prima

37. Taman Tenaga

38. Taman Ikan Emas

39. Sebahagian Bandar Tun Razak

a. Hospital UKM (HUKM)

40. Taman Midah

41. Taman Desa Aman

42. Taman Rajawali

43. Taman Cheras Makmur

44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B

45. Sebahagian Kawasan Damansara:

a. Jalan Segambir

JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING

1. Puchong Jaya

2. Pusat Bandar Puchong

3. Taman Wawasan

4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong

5. Taman Bukit Kuchai

JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529

Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat 

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1. Taman Setia, Balakong

2. Desa Karun Mas

3. Taman Cheras Jaya

4. Taman Bukit Emas

5. Taman Impian Indah

6. Taman Sejati

7. Taman Bukit Sungai Long

8. Taman Taming Indah

9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya

10. Taman Sri Indah

11. Taman Impian Ehsan

12. Taman Suria

13. Taman Kasturi

14. Kampung Baru Balakong

15. Taman Seri Sungai Long

16. Taman Seri Kenangan

17. Batu 11, Jalan Cheras

18. Taman Balakong Jaya

JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430 

WILAYAH KUALA LANGAT 

1. Kampung Olak Lempit

2. Kampung Bukit Changgang

3. Kampung Labohan Dagang

4. Taman Changgang Jaya

5. Kompleks Perabut Olak Lempit

6. Rtb Bukit Changgang

7. Bandar Seri Ehsan

8. Bandar Mahkota

9. Bandar Sungai Emas

10. Taman Arked

11. Taman Sri Dagang

12. Taman Ambar

13. Taman Langat Murni

14. Taman Langat Utama

15. Taman Murnimas

16. Taman Sri

17. Taman Sri Chedin

18. Sekolah Tamil Sungai Sedu

19. Selangor Dredging


JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.