Menjadi kebiasaan selebriti Hollywood daftar masuk ke pusat pemulihan, pendek kata ia cukup sinonim terutama di kalangan artis remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan pelbagai lagi masalah jiwa yang lain.
Yang terbaru, Selena Gomez secara sukarela mendaftar di sebuah pusat pemulihan di Arizona. Tapi, jangan bimbang, ia bukanlah atas faktor dadah atau alkohol sebaliknya lebih mencari ketenangan. Ramai berpendapat Selena mengalami tekanan kesan daripada perhubungannya dengan bekas kekasih, Justin Bieber dan juga tekanan kerja.
Malah, sebelum ini Selena telah membatalkan beberapa siri konsert yang dijadualkan pada awal tahun kerana terlalu penat. Harapnya, Selena akan bertambah baik lepas ini dan tiada kena mengena dengan Justin Bieber yang dilihat semakin bermasalah dengan isu dadah, alkohol dan pelbagai lagi.
The Meadows Rehabilitation center in Wickenburg, Arizona
Gambar: Dailymail UK
No comments:
Post a Comment