Sejarah Time!
Kapal Republik Indonesia Usman Harun ialah kapal corvette kelas Nakhoda Ragam terkini yang dimiliki Republik Indonesia. Kapal ini menjadi penyebab pertelagahan di antara Singapura dan Indonesia sejak minggu lalu.
Kenapa Indonesia dan Singapura bergaduh kerana sebuah kapal? Ceritanya berkait dengan serangan pengganas Indonesia ketika zaman konfrantasi Malaysia dan Indonesia.
Kapal corvette KRI Usman Harun ini pada asalnya dibina untuk Tentera Laut Diraja Brunei. Tiga buah kapal dibina oleh BAE Systems untuk Brunei tetapi apabila ianya siap pada tahun 2003 Brunei enggan untuk memasukkannya kedalam inventori tentera laut mereka. Brunei berkata kapal yang dibini ini tidak memenuhi kehendak dan spesifikasi mereka. BAE Systems pula berkata kapal yang dihasilkan adalah mengikut kehenda pembeli dan Brunei enggan menerima mereka kerana kos operasi yang tinggi dan kekurangan anak kapal untuk melakukan operasi.
Pada tahun 2007 mahkamah menetapkan Brunei harus membayar kepada BAE Systems kos pembinaan bernilai GBP 600 juta. Brunei akur tetapi kapal ini diserahkan kepada sebuah firma di Jerman untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.
Pada tahun 2012 Indonesia bersetuju membeli ketiga-tiga kapal reject shop ini pada harga murah GBP 120 juta. Ia akan memulakan operasi mengawal perairan Indonesia tahun ini. Disinilah kontroversi bermula!
KRI Usman Harun mendapat nama dari Wira Negara Indonesia Harun Said danUsman Hj Mohd Ali. Kedua- dua orang wira ini melakukan serangan pengganas di Singapura pada Mei 1965. Mereka adalah ahli skuad Komando Marin Indonesia yang ditugaskan menimbulkan kekacauan di Malaysia ketika Konfrantasi 1965.
Harun Said dan Usman Hj Mohd Ali mengebom McDonald House di Singapura mengakibatkan 3 kematian dan 33 kecederaan. Dua orang pengganas ini berjaya ditangkap dan kemudian digantung sehingga mati pada tahun 1968 setelah didapati bersalah.
Kematian mereka diratapi Indonesia dan jenazah mereka disambut dengan istiadat penuh ketenteraan. Mereka juga diberikan pengkebumian penghormatan negara sesuai dengan status mereka sebagai Wira Negara Indonesia. Bendera dikibarkan separuh tiang dan jasad mereka disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.
Singapura menganggap tindakan Indonesia menamakan kapal yang bakal berlayar di perairan sekitar Singapura ini sebagai tidak wajar. Di Singapura ahli politik dan rakyat sebulat suara menyeru kerjaan Singapura supaya tidak membenarkan KRI Usman Harun untuk memasuki perairan Singapura walaupun untuk seketika.
Indonesia pula berkata mereka mempunyai hak untuk menamakan kapal milik mereka sempena nama "Wira Negara" mereka. Pada hemat mereka Singapura tiada hak membantah penamaan KRI Usman Harun
Yang menariknya di Malaysia kita cool face. Padahal ketika serangan dilakukan Singapura masih lagi sebahagian daripada Malaysia? Kita tak peduli ke kapal dinamakan sempena 2 terroris yang menyerang negara kita boleh melayari Selat Melaka?DISCUSS
No comments:
Post a Comment