Keadaan terkini banjir di beberapa kawasan di Sabah kerana hujan yang turun tanpa henti dan ini bukanlah kejadian kali pertama. Pada bulan Disember lalu, banjir yang melanda daerah Beaufort menyebabkan 67 kampung ditenggelami air setinggi dua meter berikutan hujan lebat di hulu Sungai Padas, Tenom , Sabah.
Menurut salah seorang mangsa banjir, apabila beliau bangun seawal 5 pagi tadi, air sudah mencecah lantai dapur dan sekitar jam 6 pagi, ada penduduk yang memulakan rondaan banjir. Menurutnya lagi, jalan utama hampir ditenggelami air dan menyebabkan kesukaran untuk keluar.
Antara kawasan yang dilanda banjir adalah Tenom dan Beaufort, Sabah. Setakat ini, Pusat pemindahan kedua banjir di Dewan Baru Beaufort telah dibuka dan jumlah mangsa yang dipindahkan sehingga jam 3.30 petang adalah seramai 255 orang dari 70 buah keluarga.
Sumber gambar : Instagram @arni_ninie – Arni Ninie
Pusat pemindahan Banjir di Dewan Sri Panglima Antanom, Tenom, Sabah.
FB Info Banjir
Instagram @meowlicious_
Instagram : @razzie23
Instagram : @rozlinadrenalin
Instagram : @arni_ninie
Instagram : @mawaddah_ar – Normawaddah Abd Rahman
Instagram : @arifbrukment
Facebook : Info Banjir kredit gambar @BucksNazrean
Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh rujuk pada poster yang kami kongsikan. Sumbangan dari segi pakaian,makanan, kewangan amatlah dialu-alukan.
Bantuan Mangsa Banjir Di Sabah
No comments:
Post a Comment