Seorang wanita berusia 23 tahun membunuh anak kucingnya dengan meletakkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro mengaku bersalah menyeksa binatang.
Laura Cunliffe , 23, meletakkan kucingnya yang diberi nama Mowgli yang berumur 4 bulan di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit hanya kerana kucing itu ‘menyerang’ ikan emas miliknya. Kucing itu kemudian dikeluarkan dari ketuhar dalam keadaan nyawa-nyawa ikan denganorgan dalamannya ‘masak’.
Menurut pendakwaraya , kucing itu tidak dapat bernafas dan mati kira-kira 90 minit kemudian. Peguam pembelaan wanita itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami kemurungan dan psikosis. Cunliffe akan dihukum pada 13 Mac depan. [ VIA ]
No comments:
Post a Comment