Latest News

WTF : WANITA TERKEJUT JUMPA ‘PLASTER’ DALAM NASI LEMAK DALAM PENERBANGAN MAS




Pengadu yang mahu dikenali sebagai Tay berusia 33 tahun berkata kejadian yang berlaku pada 6 Januari sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.

Semasa hendak makan, saya langsung tidak nampak sebarang objek ganjil dalam makanan tetapi selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak tersebut, baru terperasan ada objek ganjil. Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian.

Disebabkan tidak berpuas hati, Tay segera memanggil ketua krew kabin yang bertugas untuk melihat sendiri objek dalam nasi lemak yang disediakan itu. Malangnya, respon yang diterima agak kurang memuaskan, ketua kabin kelihatan acuh tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan. Menurut Tay lagi, sehingga ke hari ini, syarikat penerbangan tersebut masih terus berdiam diri dalam hal ini. Kerana kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan dia membuat aduan kepada media

Lagi gambar



No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.