Jadual Gaji dan Bonus Tahun 2014 Kakitangan Kerajaan. Secara teorinya pembayaran gaji penjawat awam akan dibuat pada setiap 25 hari bulan atau pun hari Khamis jika tarikh 25 jatuh pada hari cuti. Tetapi kadang-kadang kerajaan memberi gaji lebih awal apabila terdapat sesuatu perayaan besar dalam bulan tersebut.
Begitulah senario setiap tahun. Mereka lebih mudah membuat perancangan kerana jadual pembayaran sudah ditetapkan. Kadang-kadang baru dapat gaji bulanan selang seminggu sudah masuk gaji bulan baru. Lepas tu kena tunggu sebulan lebih untuk gaji seterusnya.
Pokok pangkalnya, perlu beringat kerana kemudahan yang diberikan bukan untuk menyusahkan kita kemudian hari. Jika sumber itu dari kerja kita yang ikhlas dan amanah, In Sya Allahkeberkatan gaji itu ada walaupun tidak besar mana.
Seperti yang kita sedia maklum, bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang baru diumumkan dalam Bajet 2014 bulan lepas akan dibayar pada 2 Januari 2014. Mungkin agak lewat untuk digunakan sewaktu persiapan persekolahan anak-anak maka persediaan perlu dilakukan sekarang.
Berikut adalah Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Untuk Tahun 2014
Januari - 23 Januari 2014 (Khamis)
Februari - 25 Februari 2014 (Selasa)
Mac - 25 Mac 2014 (Selasa)
April - 24 April 2014 (Khamis)
Mei - 22 Mei 2014 (Khamis)
Jun - 25 Jun 2014 (Rabu)
Julai - 22 Julai 2014 (Selasa)
Ogos - 25 Ogos 2014 (Isnin)
September - 25 September 2014 (Khamis)
Oktober - 16 Oktober 2014 (Khamis)
November - 25 November 2014 (Selasa)
Disember - 18 Disember 2014 (Khamis)
No comments:
Post a Comment