Latest News

NAJIB: MAJORITI RAKYAT TIDAK MAHU ISA KEMBALI



PUTRAJAYA 10 Mei – Kerajaan berdiri teguh dengan keputusannya, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana yakin ia merupakan kehendak majoriti rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam keadaan masyarakat yang semakin terbuka dan matang, beliau percaya rakyat negara ini tidak mahu pendapat mereka dikongkong, atau hidup dalam ketakutan.

“Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahu ruang lebih luas dalam wacana politik tanah air.

“Kalau kita buat penilaian, tidak semua hendak balik kepada zaman ISA. Saya lihat ini sebagai satu perkembangan positif,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara Khas Bersama Perdana Menteri terbitan Bernama TV yang disiarkan melalui saluran Astro 502 malam ini.

Najib yang juga Presiden Umno ditemu ramah selama sejam di Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun Umno ke-68 Ahad ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.