KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita & Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah mahu siasatan segera dijalankan terhadap pensyarah Kolej Komuniti yang membuat 'posting' menghina dan mengutuk Sarawak dalam Facebook.
Beliau berkata luahan perasaan pensyarah terbabit sudah diketahui umum dan tindakan sewajarnya patut diambil tindakan tegas kerana ia boleh menimbulkan perasaan kurang senang antara rakyat negeri ini dan Semenanjung Malaysia.
Pensyarah yang menggunakan nama samaran Johanthan Joseph membuat 'posting' menghina dan mengutuk Sarawak secara terang-terangan di Facebook.
No comments:
Post a Comment