Latest News

GADIS 20-AN DIRATAH 4 LELAKI DURJANA SECARA BERGILIR-GILIR



KAJANG - 2 jam umpama dalam neraka, seorang gadis 20-an #diratah oleh 4 lelaki durjana secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya bilamana mangsa termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.

Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dijadikan tawanan dan hamba #seks sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota polis yang menyerbu hotel berkenaan pada pagi yang sama.

Mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek berusia 23 tahun pada jam 2 pagi hari kejadian. Mangsa yang tidak mengesyaki apa² terus bersetuju mengikut suspek yang juga kenalan baiknya.

Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah namun ditolak atas alasan lelaki itu mahu ke hotel untuk berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

Sekali lagi, mangsa bersetuju mengikut suspek. Malangnya 3 lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat dua hotel itu.

Terkejut dengan tindakan suspek, mangsa cuba melawan tetapi gagal sebelum #diratah oleh 4 suspek secara bergilir-gilir.

Dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah pada jam 4 pagi terserempak dengan 3 suspek terbabit dalam keadaan yang mencurigakan di ruang lobi hotel. Apabila polis cuba menghampiri, suspek tiba-tiba melarikan diri. 

Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu #diperkosa.

Sumber itu berkata, polis menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri dengan terjun melalui tingkap.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.