Latest News

DEDAH! DISKRIMINASI TERHADAP PELAJAR MELAYU DI SJKC?


Inilah kesan JPN Kedah yang mempromosikan Pencapaian UPSR "Kedah Top 2"

Demi untuk mencapai keputusan UPSR yang baik, ada sekolah telah bermain "tipu helah" . Pada Pengetahuan saya, ada sekolah SJKC yang berprestasi tinggi dan berbestari menggalakkan atau memujuk murid yang cemerlang agar membiarkan rakan murid "mengintip"jawapannya pada waktu menduduki Peperiksaan UPSR. Perkara itu telah dibongkar oleh waris-waris di sekolah tersebut.

Dan yang hebat lagi, disebabkan ada sebahagian besar budak Melayu yang mengaji di Sekolah Cina SJKC, sebagaimana yang kita ketahui, kebanyakan budak Melayu agak lemah dalam menguasai Bahasa Cina. 

Maka untuk mencapai matlamat prestasi UPSR yang tinggi, pelajar Melayu yang mungkin akan menyebabkan pencapaian UPSR merosot telah dijadikan mangsa dan sengaja disuruh berpindah balik ke sekolah SK. Ada pelajar yang sudah belajar di SJKC sehingga tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 juga dipujuk ,dipaksa , disindir, "discriminating" terhadap budak tersebut agar mereka meminta tukar dengan tidak menghiraukan aliran bahasa yang tak serupa akan membawa jahanam kepada murid tersebut.

Contoh video yang mengemukakan perkara tersebut, sebahagian besar enrolmen sekolah SKM Sekolah Kurang Murid SJKC itu telah berjaya memujuk lebih daripada 30%-40% murid Melayu ditukar balik ke pangkuan Sekolah Kebangsaan. 

"Tipu Helah" itu telah berjaya mempertingkatkan Kelulusan UPSR daripada yang rendah, iaitu 0%-30% sahaja tiba-tiba melonjak ke 75% pada tahun 2013.

Adakah itu falsafah pendidikan? Bukankah pendidikan patut mengajar murid sampai cerdik dengan tidak kira latar belakang atau bangsa pelajar?

"U tak pandai belajar, u balik ke Sekolah Melayu (SK)" adalah kesan yang buruk terhadap Matlamat "Top 2" Kedah yang kini sedang dilaksanakan. - JAW

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.