Seorang kerani lelaki rugi RM10,000 selepas ditipu sindiket menjual kenderaan melalui Mudah.my pada April lalu.
Khairuddin, 27, yang tertarik melihat motosikal antik jenis Vespa ditawarkan dengan harga RM6,000. Desakan nafsunya yang ingin memiliki motosikal terbabit mendorongnya menghubungi nombor tertera dan cuba membuat tawaran harga yang lebih rendah.
Khairuddin yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini sanggup mengeluarkan wang simpananya semata-mata untuk memenuhi impian memiliki Vespa berkenaan.
Sekian masa tawar menawar, akhirnya si penjual bersetuju menjual Vespa berkenaan kepada Khairuddin pada harga RM5,500.
Lelaki terbabit kemudian meminta bayaran tambahan RM800 melalui akaun bank sebagai wang pemprosesan dokumen jual beli dan proses tukar nama selain bayaran penghantaran serta lain-lain kos yang tidak dinyatakan.
Khairuddin seperti dipukau mengikut saja arahan lelaki itu sebelum memasukkan wang berkenaan secara berperingkat pada 16, 17 dan 18 April lalu.
“Pada 16 April, saya diarahkan memasukkan RM3,000 disusuli RM2,500 keesokannya dan RM2,500 pada 18 April.
Khairuddin menunjukkan gambar Vespa yang dimaksudkan.
Macam sama kan? Memang iklan yang sama. Iklan masih wujud lagi di Mudah.my
Maklumat mengenai si penjual masih wujud di laman Mudah.my
“Beberapa hari kemudian, saya cuba mengakses semula akaun dalam laman sosial itu bagi mengemaskini status pembelian, tetapi terkejut apabila iklan motosikal di laman sudah dipadamkan pemiliknya,” katanya.
Khairuddin cuba menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi gagal sebelum membuat laporan Balai Polis Simpang Ampat, pada 27 April lalu. - Harian Metro
No comments:
Post a Comment