Latest News

Zul Ariffin Tangguh Perkahwinan Kerana Risau Kedudukan Kewangan

Setelah bertahun-tahun menyulam kasih, pelakon Zul Ariffin dan Executive Producer AstroGayatri Su-Lin akan berkahwin. 
Malah, Gayatri sendiri menyatakan keinginannya untuk memeluk agama islam jika berkahwin dengan Zul Ariffin. 
Namun bagi Zul Ariffin sendiri, bukan perkara itu yang dirisaukannya, tetapikedudukan kewangannya selepas berkahwin.
Kata Zul Ariffin, kehidupan sebagai pelakon bukan seindah yang disangka. Pendapatannya tidak tetap dan tidak menentu. 
”Ya, dia ada memberitahu saya jika saya sudah bersedia memperisterikannya, saya perlu memaklumkan kepadanya kerana dia mahu mempersiapkan diri untuk tukar agama.”
”Bagaimanapun, buat masa ini saya pula yang belum bersedia untuk berkahwin. Ada banyak perkara yang mengganggu fikiran.”
”Memang pada awalnya saya cukup teruja untuk memperisterikannya tetapi ada kalanya perasaan itu hilang.Saya tidak mahu bila berkahwin nanti duit tidak ada. Kawan-kawan juga ada yang menyakat, jika berkahwin nanti akan diikat (dikongkong) isteri.”
Zul Ariffin menolak tanggapan liar yang diterimanya bahawa beliau tidak mampu untuk membimbing Gayatri setelah bakal isterinya itu memeluk agama islam.
”Saya tiada masalah untuk membimbingnya sebagai seorang Islam. Cuma saya risau mengenai hala tuju perkahwinan saya nanti. Saya juga risau mengenai hala tuju sebagai pelakon selepas itu.”
”Banyak perkara yang bermain di fikiran ketika ini yang membuatkan saya masih belum bersedia. Bagaimanapun, perancangan untuk berkahwin itu memang ada.”


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.