Latest News

TAK PANDAI MEMASAK, ALASAN SUAMI NAK CERAIKAN ISTERI


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang berusia 20-an yang juga baru saja melangsungkan perkahwinan tahun lalu berkemungkinan akan meneruskan hidupnya sebagai janda. Ini kerana suaminya telah memfailkan perceraian dengan alasan yang tidak munasabah.


Apa yang lebih menyedihkan ialah, perbicaraan kes perceraian mereka itu jatuh pada bulan sambutan ulangtahun pertama perkahwinan mereka, iaitu Mei ini.


Nadia, perceraian itu dibuat oleh suaminya tanpa sebarang alasan yang kukuh sedangkan rumah tangganya sangat harmoni, tiada perselisihan faham mahupun pergaduhan yang besar.


“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.


“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan. - Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.