Latest News

Shahz Jaszle Akui Ada Kekasih Baru, Putus Tunang Dengan Redzwani Puteri

Beberapa bulan lepas Shahz Jaszle pernah memberi kenyataan untuk berkahwin dengan tunangnya Redzwani Puteri. Walaupun Shahz pernah dilanda kontroversi ditangkap khalwat dengan wanita lain semasa masih menjadi tunang Redzwani dan keluarga sendiri telah menyatakan tidak menerima Shahz, Redzwani tetap mahu meneruskan hubungan dengan Shahz, mendakwa lebih mengenali lelaki itu.



Semalam, Shahz telah memuat naik satu gambar mesranya dengan seorang gadis yang nyata bukan Redzwani di laman Instagram miliknya.


Gadis itu yang dikenali dengan nama Hanis Husna Nadzree juga memuat naik gambarnya bersama Shahz.


Dalam ruangan komen laman Instagramnya, Shahz mengakui Hanis Husna ialah teman wanitanya.


Hanis Husna juga turut meluahkan kata cinta kepada Shahz dan mendakwa Shahz telah memutuskan pertunangan dengan Redzwani Puteri.


Bagaimanapun, Redzwani telah meninggalkan satu komen yang memberi bayangan dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.


Redzwani beberapa jam lepas mengakui dia tidak mengetahui apa-apa. Menyatakan sesuatu seperti itu adalah kejam untuk dilakukan, wanita itu turut meminta agar mana-mana pihak tidak bersimpati dengannya, sebaliknya pasangan Shahz dan Hanis lebih memerlukan simpati.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.