Latest News

Selesa Dengan Penampilan Islamik, Johan As’ari Bersyukur Lana Selamat Tunai Umrah


Tak lama dahulu dunia hiburan pernah dikecohkan dengan berita mengenai Johan As’ari melamar pelakon seksi iaitu Lana Nordin selepas berkenalan selama tiga hari.
Namun, mungkin kerana tiada jodoh buat mereka, aktor yang popular dengan drama “Juvana” itu mengesahkan hubungan yang baru dibina terputus ditengah jalan.
Walaupun kontroversi tersebut pernah menjadi bualan, Johan tidak pernah melatah dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Lana, malah tidak terdetik walau sekalipun dihatinya untuk menganggap wanita itu sebagai musuh.


Johan ketika ditemui di sidang media sempena penangguhan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berkata dia bersyukur apabila mengetahui Lana sudah kembali dari menunaikan umrah.
Sahabat saya ramai termasuklah Lana. Saya tak pernah anggap sesiapa musuh, malah saya sentiada doakan sahabat saya berjaya dunia akhirat. Jika sahabat saya berjaya, saya sendiri rasa gembira dan berbesar hati.
Tahniah kepada Lana yang telah selamat menunaikan umrah bersama sahabatnya Lisdawati kerana perkara itu dapat menjadi contoh yang baik kepada kita semua.
Ditanya mengenai penampilannya yang kelihatan lebih Islamik, Johan berkata dia selesa dengan keadaan sekarang dan akui seronok membuat kerja-kerja dakwah serta tidak menolak sekiranya ada tawaran lakonan untuk drama atau filem dakwah.
Imej ini kebetulan, tapi saya memang selesa dengan imej begini. Malah ada peminat yang suka dengan penampilan saya seperti ini.
Sebelum ini, Johan pernah berlakon watak ala Islamik dan jika ada pihak yang ingin menawarkan saya watak sebegini, InsyaAllah saya tidak tolak kerana saya rasa seronok buat kerja dakwah dalam lakonan.


Untuk pengetahuan, dalam sidang media tersebut, Johan turut menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 yang hilang dan menyokong penuh penundaan ABPBH yang sepatutnya berlangsung 6 April ini.
Usaha ini sangat baik kerana dunia sedang bersedih dan meratapi kehilangan pesawat tersebut dan harapan saya mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk untuk menjawab semua misteri ini.
Dalam perkembangan terbaru, Johan bakal muncul dengan dua filem yang berjudul Kanang anak Langkau dan Tujuh. Kedua-dua filem tersebut dijangka bakal menghiasi panggung pada tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.