Latest News

Permainan Age of Empires : World Domination Akan Hadir Ke Peranti Pada Mudah-Alih Tahun Ini


Age of Empires merupakan salah satu permainan berbentuk strategi yang popular dikalangan para peminat genre RTS (real-time strategy). Setelah hanya ditawarkan untuk pengguna komputer sahaja, kini permainan tersebut turut bakal hadir ke peranti mudah-alih.
Dikenali sebagai Age of Empires : World Domination, ia akan hadir ke iOS, Android dan juga Windows Phone tidak lama lagi.
Seperti biasa, ia akan dioptimasikan untuk paparan skrin sentuh, membolehkan para pemain membangunkan empayar mereka tersendiri untuk bersaing dengan pelbagai empayar yang lain. Melalui video yang dipertontonkan oleh pembangunnya, ia kelihatan agak menarik dan semestinya ramai yang menantikan permainan berkenaan.
Jadi, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi permainan Age of Empires ini pada peranti mudah-alih dalam masa beberapa bulan lagi.

No comments:

Post a Comment

Pensel Rajin Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.