Hasil keputusan ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan Ahli Parlimen Gelugor, mendiang Karpal Singh awal pagi tadi didapati positif ganja tetapi keputusan itu tidak konklusif.
Sampel kedua telah dihantar kepada pakar patologi untuk mengesahkannya. Kenyataan pemandu lori itu telah diambil dan dia telah dibebaskan.
Juga turut didedahkan, pemandu mendiang Karpal Singh juga mempunyai 15 saman trafik yang memandu melebihi had laju. Semakan sistem saman yang dijalankan pada kenderaan Toyota Alphard itu turut mendedahkan mempunyai 29 saman trafik dan 15 daripadanya masih belum dibayar.
Kemalangan yang membabitkan Ahli Parlimen Gelugor itu berpunca apabila kenderaan yang dinaiki Karpal berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.
Kemalangan berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius maut di tempat kejadian. - My Media Hub
No comments:
Post a Comment